Wednesday, July 4, 2018

Resepi Pertama Ku - Ayam masak Kicap dengan Kentang

Day by day yang aku tempuhi penuh dengan dugaan, sepanjang June 2018 ada bermacam macam pengalaman pahit dan manis yang aku alami. Tapi aku lebih suka bercerita benda yang baik.. Diantara benda baik yang aku buat ialah memasak.

Cerita pasal masak ini ada resepi Ayam masak Kicap dgn Kentang.

Bahan2:
1.5 Kilo Ayam dipotong kecil - dicuci bersih.
5 Biji Bawang Besar - Di blender 
5 Ulas Bawang Putih - Di blender
4-5cm Halia diblender
2 Batang kayu manis  - dicuci bersih
5 Kumtum bunga lawang - dicuci bersih
3 Biji kentang dipotong 4 (ikut suka nak potong kecil2 pun boleh )
2 Sudu kecil garam halus
1 Sudu kecil perasa maggi cukup rasa
4 Sudu besar kicap ceramel pekat
2 Sudu besar kicap soya cair
1 Sudu besar Kicap Manis
1 Sudu besar tepung ubi ( ditambah air separuh gelas  - untuk jadikan kuah kicap pekat)
1 senduk minyak masak

Cara2 Masak:
Panaskan periuk dan masukan 1 senduk minyak masak, masukan Bunga lawang, kayu manis dan bahan2 yang telah diblender. Kacau sehingga naik bau. Masukan kentang, ayam, kicap pekat, kicap cair & kicap manis.Kacau dalam 2 minit untuk bagi bahan2  sebati, Selepas itu tambah 2 gelas air atau lebih kalau nak banyak kuah. Biarkan sehingga mendidih, apabila sudah mendidih, masukan garam dan serbuk perasa maggi cukup rasa. Kacau dan masukan tepung ubi kayu yang telah ditambah air. Kacau bagi tepung ubi sebati dengan kuah. Biarkan sehingga kentang masak dan siap.. Pastikan kentang tidak terlampau masa dan tutupkan api. Ayam kicap dengan kentang boleh juga dimakan dengan mee kuning.