Ini lah aktiviti aku buat kali ke 2 untuk menyambut Deepavali, iaitu membuat Maruku di rumah bakal ibu Mertua..susah juga untuk menekan acuan maruku ni..sakit tangan aku..memandangkan banyak tenaga nak digunakan untuk menekan acuan maruku, aku hanya membantu untuk menguli tepong bulat2 kecil bagi memudahkan untuk dimasukkan ke dalam acuan...menekan acuan dilakukan oleh bakal Suamiku & Bakal Abang Ipar..
inilah hasil kerjaku..hahha..maruku ditekan di atas kertas bagi memudahkan kita untuk mengoreng nyer nanti, bagi mengelakkan maruku pecah.
Maruku maruku yang dah siap di acu..
Mengoreng maruku sehingga kekuningan...
Ini lah hasil nyer, tunggu sehingga minyak kering & maruku sejuk baru lah di masukkan ke dalam tin...selesai & boleh di hidang untuk tetamu yang datang untuk beraya..